WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THIS BLOG

Search the net ::

Wednesday, December 9, 2009

Mahathir Bapa Perkauman

Semua Perdana Menteri Malaysia mendapat gelaran, Tengku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan, Tun Razak - Bapa Pembangunan, Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan. 

Tun Dr Mahathir, yang terlama memegang jawatan tersebut mendapat gelaran bapa kemajuan - mengikut buku teks. Beliau juga pernah digelar bapa perpecahan ketika beliau di lawan oleh Ku Li dan telah menunjukkan perwatakan seorang yang tidak boleh menerima kekalahan dengan mengambil beberapa tindakan yang di lihat untuk terus memegang kuasa, termasuk meminda perlembagaan UMNO. Selepas bersara kini beliau di gelar bapa perkauman oleh seorang menteri yang juga lama berkhidmat dibawa Mahathir, Nazri Aziz.